Pilihan raya kecil DUN Slim 2020 Senarai Pilihan Raya Kecil Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14

Pilihan Raya Kecil Slim di negeri Perak merupakan pilihan raya kecil yang kedua belas selepas PRU-14. Tambahan pula, PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59 tahun, (UMNO), yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Julai 2020 lalu. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 15 Ogos manakala hari mengundi awal pada 25 Ogos dan hari pengundian pada 29 Ogos 2020.

Berikut merupakan keputusan rasmi:

Pilihan raya negeri Perak : DUN Slim
TahunKawasanPartiCalonUndiPeratusan MengundiMajoriti
2020DUN Slim, PerakUMNOMohd Zaidi Aziz13,06068.4%10,945
BebasAmir Khusyairi Mohd Tanusi2,115
BebasSanthara Sekaran Subramaniam276